PNSB FC
Pasukan Bolasepak PNSB pada mulanya ditubuhkan bagi menyertai Sukan KDEB tahun 2000. Oleh kerana keputusan yang baik serta saranan Y.Bhg Dato' Abdul Jabar b. Kamin selaku Ketua Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), pasukan ini telah menyertai Liga Shah Alam (FASA) pada tahun 2001. Prestasi pasukan ini amatlah memberangsangkan di mana telah berjaya melayakkan diri beraksi di peringkat suku akhir pada penyertaan pertama.
Sehubungan dengan itu, pihak Pengurusan pasukan menyarankan agar pasukan ini menyertai liga yang lebih mencabar lagi. Maka dicadangkan untuk menyertai Liga Selangor. Bagi merealisasikan cadangan ini maka pasukan ini telah ditubuhkan sebagai sebuah Kelab Bolasepak yang berdaftar dan menjadi ahli gabungan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).
Objektif utama penubuhan Kelab Bolasepak PNSB ini adalah bagi mengembangkan lagi pasukan bolasepak PNSB kepada peringkat lebih tinggi dan menaikkan nama PNSB sebagai syarikat Kerajaan Negeri semasa mengambil bahagian serta meningkatkan sukan bolasepak di Negeri Selangor.

Penubuhan kelab ini juga secara tidak langsung memperbanyakkan aktiviti sosial terutama program pembangunan bolasepak bagi kakitangan Permodalan Negeri Selangor Berhad dan melahirkan pemain-pemain belia yang berpotensi untuk diketengahkan kepada pasukan bolasepak Selangor.
PNSB WARISAN
PNSB Warisan merupakan nama yang diberikan kepada pasukan veteran PNSB yang terdiri daripada kakitangan-kakitangan Permodalan Negeri Selangor Berhad dan juga bekas-bekas pemain PNSB FC yang telah mengundurkan diri daripada pertandingan-pertandingan yang kompetitif. PNSB Warisan sering mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan daripada jabatan-jabatan kerajaan dan juga daripada sektor-sektor swasta. Selain daripada perlawanan persahabatan, tujuan utama ditubuhkan pasukan ini adalah supaya kakitangan-kaitangan PNSB sentiasa berada dalam keadaan kesihatan yang memuaskan dengan melakukan aktiviti-aktiviti sukan.
AKADEMI PNSB
Akademi PNSB diwujudkan khususnya untuk mencungkil bakat-bakat baru bolasepak daripada semuda usia 6 tahun sehingga ke umur 17 tahun di mana generasi inilah yang akan mewarisi posisi-posisi yang akan ditinggalkan oleh pemain-pemain negeri dan negara pada masa akan datang.
Generasi muda akan dilatih untuk memahirkan diri dengan teknik dan taktik permainan bolasepak oleh jurulatih berpengalaman dan juga mempunyai lesen kejurulatihan. Pelatih-pelatih muda ini akan dinilai sepanjang masa dan berpeluang dipilih bagi mewakili Akademi PNSB untuk bersaing sama ada diperingkat tempatan mahupun peringkat antarabangsa melalui pertandingan-pertandingan yang seringkali dianjurkan.
Program latihan akademi ini merangkumi:-
Program latihan juga tidak melupakan perkara berikut:-
Latihan adalah pada setiap Sabtu (4.30 - 6.30 pm) dan Ahad (8.30 - 10.30 am) di Stadium Mini Shah Alam.
Hubungi Pengurus Akademi 016 - 2330052 untuk maklumat lanjut.